Tips pertama; Kenal pasti punca masalah.
Kenal pasti punca masalah dengan segera supaya anda boleh selesaikan semua masalah dengan segera. Apabila anda dapat kenal pasti punca masalah, anda akan tahu dengan jelas bagaimana hendak menyelesaikan sesuatu masalah itu.
Tips kedua; Pilih jalan penyelesaian terbaik.
Daripada masalah, anda biasanya akan mempunyai beberapa jalan penyelesaian yang bermain di fikiran anda. Senaraikan semuanya dan pilih jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda gunakan. Jangan ubah cara penyelesaian melainkan anda terpaksa sahaja.
Tips ketiga; Ambil tindakan.
Jangan hanya memikirkan jalan penyelesaian tanpa ada tindakan diambil. Anda perlu berani ambil tindakan, barulah masalah akan selesai dengan cepat.
Tips keempat; Beri masa pada diri sendiri dan pasangan.
Beri masa pada diri sendiri dan pasangan untuk menyerap masalah yang ada. Apabila anda ambil tindakan untuk selesaikan masalah tersebut, beri juga masa pada diri sendiri dan pasangan untuk lihat hasilnya. Jangan ragu – ragu dan selalu tukar jalan penyelesaian kerana ia hanya akan melambatkan sesuatu masalah itu untuk selesai.
Tips kelima; Dengar apa yang pasangan anda katakan.
Jangan hanya fikir dari sudut anda seorang sahaja. Dengar juga apa yang pasangan anda katakan. Pastikan jalan penyelesaian itu adalah jalan yang selesa bagi diri anda dan juga pasangan anda.
Tips keenam; Cuba lihat masalah itu dari sudut pasangan anda.
Selami perasaan pasangan anda terhadap masalah yang anda sedang hadapi. Dari sini, anda mungkin akan nampak jalan penyelesaian terbaik untuk kedua – dua pihak kerana minda anda berfikir dari dua sudut berbeza.

No comments:
Post a Comment
meh2 lerr komen2...jangan lerr jenguk jee..hihi